Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

WUKUF DI PADANG ARAFAH

Written by Bin Khalid on .

L1004298_copy
L1004302_copy

Alhmdulilah, gambar kenagan semasa berada di Kota Suci Makkah baru2 ini, salah seorang teman ana Awg.Hj.Salleh dari Brunei Darussalam  telah menyambut hari jadi beliau yang ke 70tahun, yg disambut oleh pegawai pegawai  dan Manger Hotel Al Ghufran Makkah. Di ucapkan selamat hari jadi pada Hj. Salleh, dengan ucapan semoga mendapat haji yg mabrur, Amin!!!.

L1004304_copy

L1004307_copy

L1004287_copy
PUNCAK IBADAH HAJI ADALAH WUKUF DI ARAFAH.


Salam bahagian dan salam haji dari Ana di Kota Suci Makkah.


Puncak ibadah haji jatuh pada 9 Zulhijah dan pada saat itu seluruh jemaah haji tertumpu pada satu titik iaitu Padang Arafah, yang jatuh pada hari ini di Arafah.


Padang Arafah berlangsung pertemuan jemaah dari seluruh dunia yang ingin mendapat redho Allah dan ampunannya, dengan melaksanakan wukuf.


Bakal-bakal haji berkumpul di bawah khemah yang berwarna putih. Mereka bersimpuh di hadapan Allah sambil berdoa dan mengharapakan keampunan,


Warna kulit, bangsa, suku, bahasa dan adat istiadat mereka berbeza, namun di Padang Arafah ini mereka semua menyatu dan khusyuk dalam kebesaran Allah dengan sejenak melupakan kebanggaan-kebanggaan duniawi yang bersifat sementara dan fana.


Para ulama sepakat bahawa ibadat haji adalah kesamaan darjat yang di realisasikan dalam pakaian ihram yang tak terjahit, yang merupakan simbol persamaan darjat manusia. Sedang warna putih menggambarkan kesucian di hadapan Allah.


Di sebutkan juga Wukuf di Arafah juga mengingatkan umat manusia akan sejarah awal kehadirannya manusia di muka bumi. Termasuk proses turunnya Adam dan Hawa sebagai manusia pertama ke bumi dan bertemu di Padang Arafah ini.


Ketika Allah berfirman kepada malaikat hendak menciptakan seorang khalifah di muka bumi, malaikat keberatan dengan satu alasan manusia akan membuat kerosakkan dimuka bumi dan menumpahkan darah padanya.


Allah kemudian memberikan kelebihan pada Adam a.s dengan mengajarkan tentang nama-nama .Adam ternyata mampu menyebutkan seluruh nama itu sehingga malaikat akhirnya menyerah akan kehendak Allah dan bersujud kepada Adam .


Allah kemudian meminta Adam dan Hawa untuk tetap tinggal di syurga menikmatinya sepuasnya dengan satu catatan tidak boleh mendekati ( memakan ) buah larangan.

Akan tetapi Iblis memperdaya mereka sehingga memakan buah larangan itu. Dan atas pengingkaran larangan Allah itu.Adam dan Hawa kemudian di usir dari syurga.


“Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain dan bagimu ada tempat kediaman di bumi dan kesenangan sampai waktu yang ditentukan”.


Adam dan Hawa cepat sedar akan kesalahannya. Dengan bekal kesedaran dan pengetahuan yang telah dimilikinya itu. Adam dan Hawa segera bertaubat kepada Allah.dan Allah menerima taubat mereka.


Dalam ritual Wukuf di Arafah proses penciptaan dan pertaubatan ini sentiasa mewarnai dalam hati sanubari setiap jemaah haji. Di Padang Arafah ini pula mereka segera sedar akan dosa-dosanya lalu memohon ampun kepada Allah SWT.


WUKUF DI PADANG ARAFAH.

Salam bahagia dan salam ceria dari Ana, Inshallah kami seluruh bakal2  jamaah haji tahun ini 1431H akan " Wukuf " di Padang Arafah...Inshallah pada hari Isnin 15hb. November 2010M bersamaan dengan 9hb. Zulhujjah 1431H.

Arafah merupakan sebuah lembah yang terletak diantara Muzdalifah dan
Thaif. Terbentang mulai dari perbatasan kawasan Arafah sampai di
gunung yang dinamakan Jabal Arafah. Yang mengelilingi lembah ini mulai
dari arah timur berbentuk seperti setengah lingkaran.

Di ujung sebelah selamat adalah jalan menuju Thaif dan ujung terdapat
Jabal Rahmah. Di sebelah barat terdapat sebuah bukit bebatuan,
ditempat inilah Rasulullah berkhutbah. Di bawahnya terdapat sebuah
musholla yang dikenal dengan nama Masjid Shakrat . Jarak antara batas
awal Arafah dengan kaki gunung Arafah sekitar 1500 meter.

Di katakan Wukuf di Arafah ini sah dengan keberadaan kita di salah
satu bahagian dikawasan tadi dengan syarat dalam keadaan ihram, baik
ketika berjalan kaki atau berada dalam kenderaan atau tertidur
sekalipun, mengetahui ataupun tidak bahawa daerah tersebut adalah
Arafah sepanjang melaksanakan wukuf pada waktunya.

Wukuf merupakan salah satu rukun haji terpenting berdasarkan ijma'
kaum Muslimin.
Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW . Kepada penduduk
Najed ketika bertanya kepada Baginda Nabi : “Bagaimana haji itu? Rasul
pun menjawab : “Haji ada ( wukuf ) di Arafah, barangsiapa yang datang
sebelum solat fajar  dari malam harinya, sesungguhnya yang
bersangkutan telah berhaji”. H.R.Ahmad.

Padang Arafah semuanya merupakan tempat berwukuf, kecuali kawasan
'Urnah” . Apabila seseorang wukuf di tempat ini, maka wukufnya tidak
sah menurut ijma ulama. Wukuf diutamakan berada di bebatuan , sebuah
tempat dimana Rasulullah SAW melangsungkan wukufnya.

Di sunatkan bagi mereka yang hendak wukuf di Arafah agar terlebih
dahulu mandi, berdiam di tempat wukuf dengan menghadap kiblat sambil
membaca tahlil, takbir, talbiyah serta bershalawat kepada Rasulullah
SAW , juga berdoa dengan penuh kesungguhan. Juga disunatkan dengan
memperbanyakkan zikir kepada Allah dan berdoa kerana kita tahu bahawa
hari Arafah adalah waktu segala doa dikabulkan.

Susunan :team arab-families.com/
awangminyakatarkebia.