Please update your Flash Player to view content.
Print
PDF

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Written by Bin Khalid on .

 
af0_2648_copy.jpg
Gong Xi Fa Chai ......Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.
 
USAHA TANGGA KEJAYAAN.

arab1.jpgRasanya alum terlambat untuk Ana ucapkan TAHNIAH kepada para pembaca setia arab-families.com yang baru saja mendapat keputusan GCE O Level .
Kepada yang berjaya tingkatkan usaha untuk terus menempah kejayaan dan sekaligus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke seberang laut.
Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Sekali gagal tidak bererti gagal buat selama-lamanya. Bagaikan anak kecil yang baru belajar berjalan. Mula mula merangkak, lepas atu merunggau dan bertelatai. Setelah itu berjalan perlahan-lahan. Jatuh bangun semula dan berjalan lagi. Itulah satu contoh terbaik kepada anak-anak, adik adik para pelajar supaya sentiasa positif dan jangan ada istilah putus asa. Malah dalam ajaran Islam yang maha suci dan maha agung, kitani disarankan berusaha kuat dalam mengcapai sesuatu kejayaan.

Ana ada terbaca dalam akhbar terbitan KOSMO, 9.Februari 2010, kisah seorang anak kecil bernama Ainan Celeste Cawley, berusia 10 tahun lulus subjek kimia di peringkat GCE 0-Level. Kini melakar satu sejarah apabila bergelar mahasiswa universiti.
Menurut ibunya, Valentine Cawley, 41 anak sulung beliau sejak kelahirannya merupakan bayi yang luar biasa.
Ainan mula merangkak pada usia empat bulan.berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Pada usia 6 tahun sudah mula menunjukkan minat membaca buku kimia.
Kejayaan Ainan telah dicatatkan dalam Singapore Book of Record. Ainan kini menuntut di Kolej Universiti HELP, di Pusat Bandar Damansara.

Sebenarnya Ana juga tumpang gembira  baru baru ini bilamana anak kenalan Ana yang tinggal di Kg Kebia telah berjaya mendapat 9A, dlm EXAM GCE O LEVEL ,
Ayah kepada pelajar cemerlang tersebut yang menuntut di Sek Men Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ( RIPAS ) di Kampong Birau telah berkesudian untuk berkongsi tip tip yang diamalkan oleh anak beliau dan apakah langkah yang telah ibubapa pelajari ini ambil dalam memastikan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Pertama sekali, pelajar, anak itu sendiri harus mempunyai semangat dan keinginan yang tinggi untuk belajar dan sekaligus meletakkan sasaran ( target )untuk berjaya. Contohnya mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Sewaktu dalam kelas, pelajar ini yang hanya mahu dikenali sebagai "ADIK Q" menumpukan sepenuh perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Dan bila pulang ke rumah tetapkan satu jam atau dua jam untuk mengulangkaji pelajaran.
Adik Q juga mengikuti kelas tambahan ( tuition ) pada beberapa mata pelajaran penting . Seperti pelajar pelajar yang lain, adik Q juga aktif dalam kegiatan luar sekolah seperti bersukan dan aktiviti bahas dan projek sains.

Meminjam kata-kata Dato Dr Fadzilah Kamsah, pakar motivasi/ penceramah- setiap murid ada potensi untuk menjadi cemerlang. Itu semua terletak atas pilihan murid itu sendiri.
Peranan ibubapa dan guru pula, samalah seperti seorang jurulantih sukan. Setelah jurulatih melatih ahli sukan, bilamana tiba hari pertandingan , jurulatih hanya berada diluar gelangang dan anak didiknya yang akan beraksi di tengah gelangang. Begitulah juga dengan anak anak kitani yang menduduki pepereksaan. Ibubapa tanpa mengira panas hujan, siang malam menghantar mengambil anak di sekolah dan menghatar ke kelas tambahan. Jika si anak tidak belajar bersungguh-sungguh apa lagi daya si ayah dan si ibu,

Seandainya si anak menghargai pengorbanan ibubapanya, pastinya si anak anak berusaha bersungguh sungguh untuk berjaya dan sekaligus membuatkan ayah dan ibunya berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh anak.

Itulah antara secebis luahan rasa kegembiraan rakan Ana yang sempat beliau kongsikan diruangan ini.
Akhir kata, Ana ingin memetik kata kata yang pernah diucapkan oleh seorang bekas guru yang berasal dari Kampong Junjungan.
Pesara guru itu berkata "usaha itu tangga kejayaan, kalau inda bekarih ( banar banar berusaha )  inda kan belureh ( berhasil/ mendapatkan yang dihajati )
Justeru itu, sama sama lah kitani renungan...fikir-fikirkan .

Sekian.....Selamat Maju Jaya dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
SUSUNAN:
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
 
af0_2646_copy.jpg