7 JENIS MAKANAN YG WAJIB DI AMBIL SETIAP HARI
TUJUH MAKANAN YANG WAJIB DI AMBIL SETIAP HARI.
Salam bahagia, salam TAHUN BARU HIJRAH sekali lagi.
Hari ini hari Rabu 10hb Muharram 1433H dan esok pula hari khamis. Bila2 ada masa terluang pada waktu petang, pastinya awda ada masa untuk keluar membeli belah di pasaraya bersama-sama dengan pasangan awda.
Untuk itu, sebelum awda melangkah keluar, apa kata Ana kongsikan dengan awda pembaca apakah 7 makanan yang wajib diambil setiap hari. Info ini telah dikongsikan oleh Pak Ngah Farit, rakan fb team Ana.
Makan merupakan perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Namun persoalannya disini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat? Belum tentu...jika kamu inginkan kepastian , mari kitani subuk jenis-jenis makanan yang memberikan manfaat banyak buat tubuh kita.
1) Yogurt – Kenapa perlu minum yogurt ? Tahukah awda bahawa yogurt mengandungi banyak bacteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bacteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yoghurt mengandungi bacteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis “mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.
2) Tomato – Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah mengoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostet, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.
3) Lobak merah- kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.
4)Blueberi- kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan . Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.
5) Soya hitam – Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, Cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran . Kenapa ? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin , iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.
6) Gandum- selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, dimana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.
7) Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis.Walau pun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki.
Selamat mencuba, selamat makan dan selamat bercuti pada mereka2 yg tidak bersekolah.
Di bawakan oleh : The arab-families.com team
Di susun oleh : awangminyakatarkebia
Di kuasakan oleh : BIN KHALID




