|
|
 |
|
|
Written by Bin Khalid
|
|
Monday, 08 February 2010 |
|
PROGRAM BELIA CINTA TANAH AIR
Program Belia Cinta Tanah
Air anjuran Kementerian Kebudayan Belia dan Sukan yang dikendalikan
oleh Jabatan Belia dan Sukan akan bermula pada 7hb Febuari akan datang
dan akan berakhir pada 28hb Februari 2010.
Cinta kepada negara seharusnya wujud dikalangan setiap individu di
negara ini kerana semangat cintakan negara amat dituntut oleh Islam.
Dalam
hubungannya dengan belia, perkara itu jelas digarsikan dalam Dasar
Belia Negara dan harus diambil perhatian oleh belia itu sendiri.
Umumnya, belia diseru untuk taat kepada Allah, setia kepada Raja dan cinta kepada negara.
Belia
juga diminta untuk menghargai dan mengamalkan sikap pemedulian dengan
memberikan khidmat bakti kepada orang lain dalam kehidupan
bermasyarakat.
Kearah mencapai prinsip dan nilai-nilai yang disebutkan itu,
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan akan meneruskan bagi
mengenadalikan Program Belia CInta Tanah Air buat kali yang ke V ,
tahun 2010 dengan harapan lebih ramai belia khususnya dan masyarakat
umumnya tampil dalam memberikan kerjasama, sama ada melalui penglibatan
sebagai peserta mahupun penglibatan sebagai ahli jawatankuasa sukarela
agar program ini mampu melahirkan para belia dan masyarakat yang
benar-benar mencintai negara ini dan penuh rasa kasih sayang.
Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan lagi semangat kenegaraan dan kekitaan dikalangan belia dan masyarakat.
Selain itu untuk meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat , beragama , bernegara serta berpersatuan.
Untuk membangunkan kecergasan jasmani dan kemantapan rohani belia-belia supaya menjadi tabah serta berfikiran luas dan terbuka.
Melalui
perlaksanaan Program Belia Cinta Tanah Air ini nanti diharapkan akan
mendatangkan faedah-faedah bukan sahaja kepada belia dan jawatankuasa
yang terlibat secara langsung dalam program ini tetapi juga akan
memberikan kesan positif kepada masyarakat di negara ini.
Khususnya dalam memeduli dan mengelinga belia dengan penyediaan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti terkandung dalam tujuan
program ini.
Untuk
jangka masa yang panjang, perlaksanaan program yang berterusan ini akan
dapat memberikan semangat patriotic dengan cinta pada negara dikalangan
rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam ini khususnya para belia.
Sekian.
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANG MINYAK ATAR KEBIA.
Warnanya gagah dan indah
Kuning, putih, hitam dan kuning
Berpadu erat dan teguh
Manjadi identity Brunei Darussalam
|
|
Last Updated ( Monday, 08 February 2010 )
|
|
|
ITB Open Day or InfoDay@ ITB |
|
Written by Bin Khalid
|
|
Monday, 08 February 2010 |
|
INFORMATION DAY AT INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI (InfoDay@ITB)
Institut Teknologi Brunei will be organizing an ITB Information Day (InfoDay@ITB) on Saturday, 13th February 2010 at the University’s Campus in Kg Tungku. InfoDay@ITB is open to the public and prospective students from 8.30 am to 4 pm. Its aim is to provide information on the range of degree and HND programmes that the university will be offering in August 2010. Prospective students therefore will be able to make the right choice in accordance to their qualifications and interests. Among the activities during that day are:
Personal consultation with ITB academics on the range of HND programmes and 4-year degree programmes available at ITB with explanation on ITB definition of ‘Discovery Year’.
Exhibition on ITB students’ hands-on final year projects physical displays
Laboratories tour where the labs are equipped with engineering and technological equipments available for teaching and students’ learning
HECAS online registration tables and facilities. For prospective students and those students who have previously registered to make further enquiries
In conjunction with this whole day event, ITB would like to invite members of the public who are intersted to find more info of the event which will be held as follows:-
Day/Date: Saturday, 13 February 2010
Time : 8.00 am to 4.00 pm
Venue : Institut Teknologi Brunei (ITB)
For further details and inquiries, please do not hesitate to contact the undersigned at 2461020 ext 5344 or email at
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Dr. Hj Supry bin Hj Ladi and Hj Ady Syarmin bin Hj Taib will be available on the day to conduct interviews if needed.
Grab this opportunity for further insight into your future academic development.
Come and see how is it feels to be an ITBian :D
See You There!
|
|
|
Written by Bin Khalid
|
|
Sunday, 07 February 2010 |
|
Majlis upacara menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam, Sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali 26 tahun, bagi Daerah Belait tahun 2010, telah di adakan hari ini Hari Ahad 7hb.Feb.2010 di kawasan Menara Cendera Kenangan Kuala Belait, Brunei Darussalam.
Acara hari ini bermula bacaan Surah Al-fatihah dan Doa,dengan rombongan Pegawai Daerah Belait telah membawa bendera Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pegawai Daerah Belait Awang Haji Jamain bin Momin menyerahkan bendera Besar Negara Brunei Darussalam kepada Pasukan Polis DiRaja Brunei untuk di kibarkan dan seterus nya upacara menaikan bendera Negara Brunei Darussalam di iringi dengan lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan" oleh pasukan Koir Sekolah Menengah Perdana Wazir Kuala Belait. Pasukan Koir juga mempersembahkan lagu "Bendera Negara".
Dan di ikuti dengan pernyerahan Bendera-Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim.
Acara diakhiri dengan yang Mulia Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah dibawa ketempat khas untuk menyerahakn bendera Negara Brunei Darussalam kepada Ketua Peserta "Belia Cinta Tanahair".
Lagu Bendera Negara
Berkibar megah Bendera Negara
Lambang Kedaulatan bangsa
Dihormati dan dipelihara
Dengan penuh taat setia
Warnanya gagah dan indah
Kuning, putih, hitam dan kuning
Berpadu erat dan teguh
Manjadi identity Brunei Darussalam
Terletak ditengah-tengah
Panji-Panji berwarna merah
Membawa cogan kata
Sentiasa membuat kebajikan
Dengan petunjuk Allah
Rakyat bersatu padu selamanya
Bersama bendera kita
Kebanggaan setiap warga
Kibarkanlah dengan sempurna
|
|
Last Updated ( Monday, 08 February 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Bin Khalid
|
|
Saturday, 06 February 2010 |
|
(BCF) Brunei Chess Federation in conjunction with the Community Development Department (JAPEM) Ministry of Culture, Youth and Sport is organizing a charity walk to The Everest Base Camp from the 23rd April to 9th May 2010. The main objective of the event is to raise fund to rebuild houses of the poor and unfortunate Bruneians who live dilapidated dwellings. This is in line with His Majesty Government aspiration to eradicate poverty by 2035 in Negara Brunei Darussalam. The charity event and permission for fund collection has been approved by the Ministry of Home Affairs.
Today we saw the Launching of Everest Trekking Website, www.trekkingamal.com.bn @ OGDC ( Oil and Gas Discovery Centre ) , Seria.
The Guest of Honour of the event were Awang Hj Jamain bin Momin, Kuala Belait District Officer.
The arrival of Guest of Honour Yang Mulia Awang Hj.Jamain bin Hj.Momin the Belait District Officer.
Welcoming speech by Yang Mulia Hj.Zainal Abidin bin Hj.Ali the President of Brunei Chess Federation.
8 BCF members will trek 120 km in Nepal for 16 days and ascend 3,000m
up the world's highest mountain to Everest base Camp. So lets donate on
line to Everest Trekking Amal, your money will help in so many ways
and will make a huge difference.
The Brunei Chess Federation Mission:
To raise B$50,000 in support of Brunei's Poor and needy families in replacing their dilapidated houses.
To be the first Brunei Team ever to reach Everest Base Camp.
To organise world's highest Chess Game ever played.
Website launching by the Guest of Honour the District Officer Awg.Hj.Jamain bin Hj.Momin.
Some of the sponsors during the website launching today.
The Guest of Honour gave his donation on line using the Everest Trekking Website. This website will enable the public to donate online.
The CEO of Serikandi Group send his donation of $1,000 online using HSBC credit card.
Once again the CEO of Serikandi Group handing over his donation of $1,000 in cash to the Guest of Honour.
All fund collected will be 100% directed to the National Welfare Fund managed by the Community Development Department.
|
|
Last Updated ( Saturday, 06 February 2010 )
|
|
|
Written by Bin Khalid
|
|
Friday, 05 February 2010 |
|
Majlis PengIslaman bagi saudara baru Muhammad Ismail bin Abdullah @ Emmanuel Conception telah di adakan pada hari khamis malam Jumaat semalam di dewan Serikandi Restorant.
Tetamu kehormat Hj.Abd.Hamid bin Dato Hj.Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Belait berkesudian untuk menyampaikan cendera hati kapada saudara baru semalam.
Alhamdulilah! Muhammad Ismail adalah salah saorang pekerja syarikat Serikandi yang berhasrat untuk membeluk agama Islam baru-baru ini.
Lafaz ucapan syhadat bagi Muhammad Ismail telah di saksikan bersama sama oleh tetamu kehormat Hj.Abd.Hamid bin Dato Hj.Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Belait dan juga rombonga dari Pusat Dakwah Islamiah Daerah Belait. Majlis di serikan lagi dengan dikit marhabban beramai-ramai bersama ahli ahli dikir Masjid Jamalul Alam Kuala Belait.
Selamat datang saudara baru ku Muhammad Ismail bin Abdullah.
Majlis di serikan lagi dengan dikit marhabban beramai-ramai bersama ahli ahli dikir Masjid Jamalul Alam Kuala Belait.
|
|
Last Updated ( Friday, 05 February 2010 )
|
|
|
Written by Bin Khalid
|
|
Wednesday, 03 February 2010 |
|
KENANGAN MICHAEL JACKSON 1958-2009
Sekiranya Michael Jackson masih hidup, itu bererti usia Michael ialah 51 tahun dan ANA baru saja memasuki alam 50 tahun. Jarak umur Ana dengan Raja Pop dunia ini tidak jauh dan antara perbezaan yang amat ketara Ana seorang usahawan dan Michael seorang penghibur bertaraf dunia.
Walaupun kita sering mendengar orang berkata, "yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti', tetapi kematian Raja Pop Dunia- Michael Jackson , pada hari Khamis 25, Jun 2009 , 2.26 petang ( pukul 5.26 pagi Jumaat di Brunei Darussalam ) di Hospital Los Angeles tidak akan ada penggantinnya lagi.
Ini kerana Michael Jackson atau mesra dengan nama Jacko adalah satu satunya Raja Pop Dunia dimana album 'Thriller" terjual sebanyak 26 juta unit dan video klip pula telah berjaya dijual 750 juta unit sekaligus melayakkan MJ menerima 13 Anugerah Grammy. Sehinggalah saat saat hari hari terakhir MJ belum ada satu pun penyanyi di dunia yang dapat atau berjaya mengatasi catatan record yang telah dilakarkan oleh penyanyi tersohor dunia ini.
Michael Jackson lahir pada 28 August 1958 di Gary Indiana, beliau berketurunan African/American. Adik beradik MJ seramai 9 orang. Salah seorang yang terkenal ialah Janet Jackson.
Cuba bayangkan, MJ mula menyanyi seawal usia lima tahun bersama dengan "Jackson 5" ( 1966 ) dan terkenal sebagai superstar ketika menjangkau usia 11 tahun. Justeru itu, apakah MJ berpeluang mengecap zaman kanak-kanak dan zaman remaja seperti remaja yang lain?
Orang yang bertanggungjawab melonjakkan nama MJ ialah Gladys Knight dan Billy Taylor. Mereka berdua menonton persembahan MJ di Appollo Theatre di Hailem.
Pada usia MJ 13 tahun, Michael Jackson mengambil keputusan bergerak solo menerusi Album pertamanya "Ben".
Sewaktu dizaman kegemilangan MJ memiliki segalanya, rumah bagaikan istana, taman tema ala Disney Land sendiri, beliau mempunyai pengurus, pembantu peribadi, pengawal peribadi, doktor peribadi, peguam dan PR yang akan memastikan semua urusan berjalan dengan lancar.
Di sebalik semua itu, tidak ramai yang mengetahui disebalik tabir kehidupan peribadinya yang tak sunyi dari kontroversi.
Dengan kecanggihan teknologi IT masa kini, dengan mudah peminat-peminat MJ yang terdiri daripada generasi muda boleh mengetahui tentang latar belakang dan kejayaan yang dicapai oleh MJ menerusi saluran YouTube , malah masih berpeluang untuk menonton klip video "Thriller".
Kitani warga Brunei Darussalam sebenarnya bertuah kerana berkesempatan menonton persembahan MJ secara live di Dewan Amphitheatre , JPCC pada Julai dan Disember 1996.
Sebahagian daripada peminat peminat MJ di Brunei yang bertuah mungkin masih menyimpan CD atau VHS tape Konsert Michael Jackson live in Brunei yang tidak dijual di kedai kedai menjual CVD/DVD.
Pun begitu, setelah beberapa bulan kematian MJ, VCD dan DVD dilihat ada dijual di beberapa buah kedai.
Sepanjang penglibatan MJ dalam dunia nyanyian, Michael Jackson telah merakamkan 10 album iaitu bermula dengan "Go to be there", "Ben", "Music and Me","Forever", "Michael", "Off the Wall", "Thriller", "Bad'", "Dangerous" dan "History and Invincible".
Sungguhpun kontroversi menghantui dirinya, Michael Jackson wajar dikenang kerana MJ telah memberi begitu banyak kepada dunia dan Michael Jackson tidak meminta kembali apa apa.
Tidak akan ada penyanyi lain seperti beliau kerana dunia hanya ada satu Jacko!
MICHAEL JACKSON tercatat sebagai LEGENDA yang akan abadi dalam hati jutaan peminat-peminat setianya di seluruh dunia.......Sekian salam hormat.
SUSUNAN:
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANG MINYAK ATAR KEBIA.
|
|
Last Updated ( Friday, 05 February 2010 )
|
|
|
Visits to Lewek Conqueror |
|
Written by Bin Khalid
|
|
Wednesday, 03 February 2010 |
|
Our visits to "LEWEK CONQUEROR" Accommodation Barge at Muara Port, Brunei Darussalam yesterday morning.
We managed to take a closer look and hold of some pictures during our visit at the work barge Lewek Conqueror. Yesterday were a blessing (doa selamat ceremony) on board of the work barge.
Lewek Conqueror are actually heavy-lift accommodation crane barges and can accommodated 308 personnel on board.
More pictures updated @ Facebook of BinKhalid.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 03 February 2010 )
|
|
|
Written by Bin Khalid
|
|
Monday, 01 February 2010 |
|
INTERNET- Cetuskan budaya bisu...
 Kemajuan computer dan teknologi maklumat atau IT bolehlah disamakan dengan beberapa perkara dan benda yang mengalami proses tranformasi atau dalam bahasa mudahnya kitani sebut perubahan.
Kitani ambil contoh kemajuan teknologi kamera dimana dahulunya jika seseorang memiliki sebuah kamera berjenama seperti Nikon atau Canon, itu sudah cukup membanggakan dan menarik perhatian rakan-rakan sekeliling.
Pun begitu, apabila dunia memperkenalkan teknologi baru kamera digital, para pemilik dan pengemar kamera mahu tidak mahu terpaksa akur dengan anjakkan paradigma masyarakat kitani yang mahu mencuba sesuatu yang baru.
Demikianlah juga dengan kemajuan computer. Jika diawal kemunculan computer, kitani hanya menyangka fungsi computer terbatas kepada menaip dan menyimpan data di dalam diskit. Selepas itu computer mengalamai perubahan yang drastik bilamana diskit semakin dilupakan dan penguna beralih kepada cakera padat ( cd ) dan pendrive bagi menyimpan
data dan maklumat.
Seterusnya perubahan demi perubahan berlaku kepada computer dimana kitani didedahkan dengan teknologi internet dan msn. Lebih menambah minat umum bilamana terdapat videocam pada talian internet.
Sekarang ini rata-rata orang gemar membaca blog atau membaca akhbar menerusi on line. Sementera bagi kaum wanita lebih gemar melayari internet bagi memesan barangan produk kecantikkan.
Aktiviti yang disebutkan itu tanpa kitani sedari sebenarnya telah menjurus kepada terbentuknya apa yang disebut "budaya bisu dalam sesebuah keluarga".
Budaya bisu tidak hanya disebabkan oleh budaya gemar SMS, atau melayari e-mail tetapi faktor lain juga adalah faktor tambah terjadinya budaya bisu seperti budaya ketagihan menonton program parabola ataupun program program menarik daripada saluran berbayar. Contoh terbaik ialah program reality TV dimana bukan sahaja asyik menonton malah tanpa disedari jari jemari laju mengundi peserta yang mengambil bahagian dalam program realiti baik terbitan tempatan mahupun program dari negara jiran.
Budaya bisu juga dilihat telah menjarakkan hubungan akrap sesama saudara mara, ipar duai dan jiran sebelah rumah. Malah dikalangan suami isteri yang dalam perjalanan ketempat kerja tidak lagi berbual mesra kerana suami memandu, sedang si isteri sibuk SMS atau MSN.
Sebenarnya internet memberikan banyak juga kemudahan dan manaafat kepada kitani terutamanya kepada penuntut penuntut dan ahli ahli perniagaan.
Justeru itu, anggaplah internet itu sama seperti sebilah pisau yang mana kegunaan terletak ditangan pengguna itu sendiri. Apakah untuk memotong benda atau mencederakan diri sendiri atau untuk melukakan orang lain?
Begitulah kemudahan dan kecanggihan teknologi talipon dan internet. Apakah kita gunakan untuk merapatkan lagi hubungan sesama keluarga, sahabat dan rakan-rakan atau disalah gunakan bagi menjatuhkan pihak lain dengan penyebaran gossip, cerita palsu dan fitnah memfitnah?
Kitani berfikirlah secara rasional bukan emosinal.
Jumpa lagi....
TEAM ARAB- FAMILIES .COM
AWANG MINYAK ATAR KEBIA.
|
|
Last Updated ( Monday, 01 February 2010 )
|
|
| | << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
| | Results 1 - 18 of 680 |
|