|
|
 |
|
|
Solat Terawih dan Fadilatnya |
|
Posted by Bin Khalid
|
|
Friday, 22 August 2008 |
|
Assalmulikum, atas permintaan para pembaca yang budiman maka di ruangan ini, kami tampilkan risalah ini, semoga semua nya akan membawa menafaat kapada kita semua di dalam menyambut bulan yang suci ini.....Marhabban Ya-Ramadhan.....Ramadhan Ya-Kareem.......wassalam
KELEBIHAN SOLAT TERAWIH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
|
|
|
Posted by Bin Khalid
|
|
Thursday, 21 August 2008 |
|
Marhabban Ya-Ramadhan.....Ramadhan Ya-Kareem.........Adab berpuasa dan solat terawih, (Setiap orang yang akan mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut.
Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal
lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.
Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi
sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.
Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang,...Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat
kepada Allah s.w.t..Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang
masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana
sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna
dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat atau pun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Ihsan dari- NAZMI AIDARUS
|
|
|
Posted by Bin Khalid
|
|
Wednesday, 20 August 2008 |
|
Bersabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquataill ahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu
yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam
sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong
dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
(Sabda Rasulluah siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada lagi.... ) wassalam.
|
|
|
Sekedar Renungan @ Hadiah Malam Jumaat |
|
Posted by Bin Khalid
|
|
Wednesday, 20 August 2008 |
|
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang
malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya,
'Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?' tanya Salih Al Mazy.
'Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?'tanya pemuda itu.
'Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?' tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan,ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :'Wahai Salih! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.'
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.'Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.' kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanitatersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. 'Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.'
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2.Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :'Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. ''Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.' katanya lagi.
'Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?' tanya Al Maizy.
'Ya, Tahu.'
'Apa tandanya?'
'Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata 'Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.'
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'(Sabda Rasulullah SAW) Nescaya Allah memperbaiki bagi kita amalan-amalan kita dan mengampuni bagimudosa-dosa kita semua.. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang Besar.'
(Surah Al-Ahzab:71)'
|
|
|
Malai Yurahilmi Wedding Day |
|
Posted by Bin Khalid
|
|
Monday, 18 August 2008 |
|
Ahlan, Mabruk, Congratulations!!! to our related cousin Malai Yurahilmi Bin Haji Malai Salleh yang telah melangsungkan perkahwinan nya bersama dengan Dayang Noordinahwati Binti Haji Serudin pada hari Ahab 17hb.Ogos 2008M bersamaan 15hb. Syaaban 1429H. Diucapkan semoga jodoh perkahwinan nya ini berkekalan untuk selama-lamanya hingga keakhir hayat, Amin Ya Rabbal Alamin!!!.
(Sorry unable to get the other side of the "bersanding" pictures due to our commitment at another function yesterday).
Selamat Pengantin Baru.......click to read more.......click..click. more to enjoy our families wedding post.
|
|
Read more...
|
|
|
Gerhana Bulan Pagi ini...2008 |
|
Posted by Bin Khalid
|
|
Sunday, 17 August 2008 |
|
Assalamulikum, para pembaca yang di rahmati ALLAH, Alhamdulilah, di pagi Subuh yang penuh mubarak lagi berkat ini , dan sempena menyambut Bulan Syaaban (nisfu Saaban hari ini) dapat lah kami solat berjemaah beramai -ramai di Mesjid Perumahan kampung Pandan ,Kuala Belait dan menghadiri kuliah Subuh yang di sampaikan oleh Ustaz Sahul Hamid penceramah undangan dari Malaysia. Ceramah bertajuk "Fadhilat dan Cara-cara Solat berjemaah yang sempurna". Alhamdulilah di adakan juga sessi soal jawap bersama Ustaz. Semoga semua ini akan dapat membawa kita semua kepada solat berjemaah yang khusuk......Amin.......
Apa yang menarik pagi hari ini setelah Solat Subuh berjemaah, kami dapat lah mengerjakan Solat berjemaah Gerhana Bulan berdoa beramai-ramai untuk keselamatan kita semua dunia dan akhirat , yang di pimpin oleh Ustaz Hj.Shahul Hamid .....Amin.
Selesai kuliah Subuh kami semua menjemput Ustaz bersama berberapa pegawai2 dan ahli -ahli masjid perumahan kampung pandan untuk sedikit jemuan serapan pagi......dan membaca doa selamat.
|
|
|
Air ZAMZAM dan Khasiatnya |
|
Posted by Bin Khalid
|
|
Thursday, 14 August 2008 |
|
AIR ZAMZAM PENGHULU SEGALA AIR, dan BANYAK KHASIATNYA.
AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.
Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: 'Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.'
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.
Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah , minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam.
Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
Disebutkan dalam hadis, Jabir bin 'Abdullah, katanya: 'Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: 'Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.' (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan
menyembuhkan penyakitnya.
Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam.
Rasulullah pernah bersabda: 'Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ' (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: 'Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai.
'Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja
yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.
'Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya. '
Disebut pengarang kitab al-'Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta.
Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: 'Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.
'Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya. ' (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).
Al-'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: 'Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. 'Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya
menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.'
Al-'Allamah seterusnya berkata: 'Sudah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. 'Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum lalu mendapati kesembuhan yang sempurna. 'Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat.' (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)
Berkata pula Al-Hakim: 'Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: 'Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah:
'Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?' Jawab lbnu Khuzaimah: (Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: 'Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?' (Lihat Sairul A'Iam an-Nubala 14/370).
AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya: 'Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi.
'Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
'Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar. Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. 'Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.' (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.
FAKTA
Rahsia kelebihan air zamzam
• Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
• Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
• Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
• Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan
kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
• Antara mata air syurga.
• Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
• Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
• Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
• Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
• Minuman orang mulia (al-abrar).
• Menambah kekuatan badan.
Inshallah semoga kita para pembaca yang mulia akan mendapat iktibar daripada nya di bulan yang mulia penuh berakoh......Inshallah, Amin!!!
|
|
|
Ma'akluman Ceramah Khas diBulan Syaaban |
|
Posted by Bin Khalid
|
|
Thursday, 14 August 2008 |
|
Assalamulikum,.....Alhamdulilah dan Inshallah, kita semua kaum Muslimin dan Muslimat diNegara Brunei Darussalam, akan menyambut malam Nisfu Syaaban pada Hari Sabtu Malam Ahad pada 16hb. August
2008 bersamaan 14hb. Syaaban 1429. Semoga kita semua akan dapat menunggu waktu dan hari yang kita semua nantikan.
Untuk ma'akluman semua para pembaca kaum Muslimin dan Muslimat yang mana pada malam Ahad ini akan di adakan ceramah khas yang akan disampaikan oleh Ustaz Hj.Sahul Hamid Bin Seeni Md. (An Naqsyabandiy) dari MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAN PENGAJIAN ISLAM DARUL TAHZHIB.(Malaysia) di Masjid Perumaahan Kampung Pandan, Kuala Belait , acara bermula dari Solat Maghrib hingg ke Solat Isha. Mari lah kita datang beramai-ramai untuk menghadiri Cermah khas ini dan akan di teruskan dengan Kuliah Subuh pada pagi Hari Ahad, Inshallah.......
Di sini kami hidangkan sedikit artikal mengenai Nisfu Syaaban.
Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat
al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.
Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini
kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:
Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.
Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal
soleh yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:
Berpuasa, Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".
Banyak melakukan amalan takwa dan taat.
Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".
Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".
Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.
Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.
Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.
Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.
Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.
Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala
kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.
“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal
usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah as-Syura: 30).

|
|
| | << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>
| | Results 1 - 18 of 139 |
|